Episod dan penarafan MasterChef Australia (siri 12)

Ep#/Mg-Ep#Tarikh siaran asalTajuk EpisodJumlah penonton (lima bandar metro)Penarafan harianRuj
Minggu 1
(Minggu Gordon Ramsay)
1/01-1Isnin, 13 April 2020Tayangan Perdana: Sajian Setaraf Peringkat Akhir - Gordon Ramsay, juri jemputan untuk minggu ini, menugaskan para peserta untuk memasak hidangan yang mereka rasa layak untuk Peringkat Akhir. Emelia, Dani, Laura dan Reynold dinobatkan sebagai empat teratas. Dengan kari ketam Sri Lanka, Dani mengalahkan Reynold untuk memenangi satu-satunya Pin Kebal musim ini.1,228,0003[17]
2/01-2Selasa, 14 April 2020Cabaran Sajian Berpasukan - Setiap pasukan harus memasak santapan tiga juadah untuk 60 orang tetamu dalam sajian yang diketuai oleh Gordon. Juri mengemukakan tiga ramuan: bawang hitam, halia dan kentang. Setiap pasukan mesti memaparkan salah satu bahan ini dalam setiap juadah. Walaupun hidangan pembuka Pasukan Biru enak, kegagalannya dalam hidangan utama dan pencuci mulut menyaksikan pasukan Biru, yang dipimpin oleh Ben M., ke peringkat penyingkiran pada akhir minggu. Pasukan Hijau, yang diketuai oleh Amina, maju ke cabaran berikutnya untuk peluang untuk memasak untuk stau-satunya tempat Kekebalan Mingguan.1,094,0005[18]
3/01-3Rabu, 15 April 2020Cabaran Berganti Round Robin - 12 peserta dari Pasukan Hijau dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk bersaing dalam gaya berganti-ganti, dengan setiap ahli menghabiskan 20 minit setiap orang untuk setiap hidangan pembuka, utama, dan pencuci mulut. Sarah C., Lynton, dan Callum mengagumkan para juri dengan menu bertemakan bahan tempatan asli mereka, lalu menyebabkan yang lain untuk menyertai Penyingkiran Mingguan.1,032,0005[19]
4/01-4Khamis, 16 April 2020Cabaran Kekebalan: Mengikut Rentak Gordon - Sarah C., Lynton dan Callum harus mengikuti Gordon dan meniru ikan kod Murray yang dilumurkan dengan kentang yang disajikan dengan minestrone sayur-sayuran dan puri makadamia; mereka tidak diberi resipi dan dan diberikan masa 10 saat untuk melengkapkan hidangan selepas Gordon selesai. Ketiga-tiganya bergelut, tetapi Callum menghasilkan hidangan terbaik, memenangkannya Kekebalan Mingguan. Sarah C. dan Lynton bergabung dengan yang lain dalam penyingkiran.1,065,0005[20]
5/01-5Ahad, 19 April 2020Cabaran Penyingkiran 90 Minit Gordon Ramsay - Semua peserta selain Callum harus memasak dalam cabaran penyingkiran dua pusingan, dengan 90 minit untuk dibahagikan antara kedua-dua pusingan. Hidangan Simon, Laura, Brendan, dan Ben M. mengagumkan para juri dan segera dinyatakan selamat. Poh mengambil risiko dengan menghabiskan semua 90 minit pada pusingan pertamanya, mempertaruhkan penyingkiran jika hidangannya tidak menarik, tetapi kemudian dia juga selamat. Sebaliknya, Chris, Courtney, Lynton, Hayden dan Rose menghasilkan hidangan tercorot dan dihantar ke pusingan kedua untuk memasak hidangan lain dengan baki masa mereka. Dengan hidangan kedua mereka, Hayden, Courtney dan Chris menebus diri mereka dan dinyatakan selamat. Hidangan terung Rose kurang memuaskan, tetapi ketam Lynton kurang masak dan hidangannya tidak seimbang. Walaupun pada minggu pertama yang mengagumkan, Lynton menjadi peserta pertama yang tersingkir pada musim ini.1,010,0004[21]
Minggu 2
6/02-1Isnin, 20 April 2020Cabaran BBQ Terunggul Berpasukan - 23 peserta dibahagikan kepada tiga pasukan, dengan masing-masing menyajikan dua hidangan BBQ yang enak dan pencuci mulut kepada 400 orang dalam masa lima jam: dua setengah jam untuk persiapan, dan dua setengah jam untuk penyajian. Walaupun Pasukan Jingga Simon hanya mempunyai tujuh orang (satu kurang daripada pasukan lain), mereka berjaya dalam setiap hidangan dan memperoleh kemenangan. Pasukan Ungu Tracy dan Kuning Laura mendapat ulasan bercampur mengenai masakan mereka. Donat Pasukan Ungu lembut, tetapi jagung panggang mereka tidak mempunyai perasan. Donat Pasukan Kuning memang sedap, tetapi dagingnya tidak berasa. Selain itu, bahagian potongan ayam mereka tidak konsisten. Disebabkan kelemahan itu, Pasukan Kuning dihantar ke Ujian Tekanan.916,0009[22]
7/02-2Selasa, 21 April 2020Ujian Tekanan Dua Pusingan: Jock Zonfrillo - Cabaran bertemakan Orana Jock memerlukan Pasukan Kuning untuk memasak udang merah, krumpet riberi, dan chawanmushi kacang bunya dalam masa 90 minit. Ben U., Courtney dan Reece semuanya mempunyai kesalahan teknikal dengan udang mereka dan dihantar ke pusingan kedua untuk membuat roti damper dan acar salad kohlrabi dalam masa 105 minit. Salad Ben U. mendapat pujian tinggi, tetapi sementara kohlrabi Reece kurang matang, salad Courtney yang tidak berasa menghilangkan keseimbangan hidangannya dan menyebabkannya pulang.908,0007[23]
8/02-3Rabu, 22 April 2020Kotak Misteri Melissa Leong - Melissa menyusun Kotak Misteri yang menampilkan kaki ayam, ubi keladi, lima rempah Cina, madu Manuka, daun bawang, ceri, lengkuas, cuka hitam, dan ikan whiting King George. Ben U. menghasilkan hidangan yang menonjol, dengan Laura, Sarah T., dan Reynold juga mengagumkan para juri. Khanh berjaya menewaskan Brendan untuk mendapatkan tempat kelima dan terakhir dalam Cabaran Kekebalan. Selebihnya dihantar ke Penyingkiran Mingguan.994,0005[24]
9/02-4Khamis, 23 April 2020Cabaran Kekebalan: Uji Rasa Juri - Ben U., Khanh, Laura, Sarah T. dan Reynold masing-masing memilih antara pai Melissa, pasta Jock, dan kari Andy untuk dicuba dalam ujian rasa ramuan. Setiap peserta mesti meneka ramuan yang terdapat di dalam pinggan. Mereka kemudian harus memasak dengan ramuan dari hidangan yang telah mereka pilih, dengan waktu memasak ditentukan oleh berapa bilangan ramuan yang dapat diteka oleh setiap peserta dengan betul. Laura dan Ben U. mengagumkan para hakim, tetapi Sarah T. menghasilkan hidangan daging ketumbar serai yang sempurna. Dia memenangi Kekebalan Mingguan, menghantar empat yang lain untuk menyertai penyingkiran.1,028,0005[25]
9/02-5MasterClass: Jock Zonfrillo, Ben Ungermann, Harry Foster, Louis Tikaram dan Andy Allen - Jock menunjukkan apa yang akan dimasaknya dengan isi Kotak Misteri Melissa, dan menyiapkan whiting King George dengan keladi dan bawang merah. Selepas itu, chef jemputan Louis Tikaram memasak pipis XO dengan mi telur rangup, sementara Andy menunjukkan kepada para peserta gurita BBQ-nya dengan yoghurt terung bakar dan tabuli freekeh. Buat pertama kalinya, para peserta dijemput untuk bergabung dengan MasterClass, dengan Ben U. menunjukkan cara mencedok ais krim dan Harry menunjukkan cara membelah ikan segar membentuk rama-rama.802,0007
10/02-6Ahad, 26 April 2020Cabaran Penyingkiran Bahan Pilihan Juri - Semua peserta selain dari Sarah T., yang memenangi Kekebalan Mingguan, hanya perlu memasak hidangan dengan menggunakan ramuan dari makanan yang akan dimakan oleh Jock, Melissa dan Andy pada hari-hari biasa. Reynold, Tessa dan Brendan menghasilkan hidangan yang paling mengagumkan. Sebilangan besar hidangan peserta lain juga diterima dengan baik, tetapi hidangan Ben M. dan Rose dikritik. Sementara Rose mempunyai serdak yang tidak dimasak, Ben M. mempunyai ikan yang dimasak dengan sos yang terlalu masam. Kemasaman yang kuat menyukarkan para juri untuk makan hidangan, dan dia dihantar pulang.968,0004[26]
Minggu 3
11/03-1Isnin, 27 April 2020Pertandingan Berpasukan 3 Pusingan - Para peserta dibahagikan kepada tiga pasukan, dan masing-masing harus memilih seorang ahli untuk memasak hidangan bertema lautan pada pusingan pertama. Tessa mewakili Pasukan Kelabu, Harry mewakili Pasukan Akua, dan Reynold mewakili Pasukan Merah Jambu. Tessa menang, menyelamatkan pasukan kelabu. Untuk pusingan kedua, baki dua pasukan masing-masing menghantar satu anggota untuk memasak dalam 30 minit. Simon mewakili Pasukan Merah Jambu, dan Poh mewakili Pasukan Akua. Simon menang, menyelamatkan pasukan Merah Jambu. Untuk pusingan akhir, semua ahli Pasukan Akua harus memasak hidangan beri beri; Khanh menang, menghantar pasukan Akua yang lain ke Ujian Tekanan.826,00010[27]
12/03-2Selasa, 28 April 2020Ujian Tekanan Kendiri - Anggota Pasukan Akua, selain dari Khanh, ditugaskan untuk menulis resipi Ujian Tekanan mereka sendiri dan memasaknya untuk para juri. Sarah T. menyajikan hidangan terbaik dengan daging babi masam manisnya, sementara Amina, Poh, dan Laura juga mengagumkan juri. Hidangan Hayden menyajikan sarang lebah yang melekit dan ais krim yang tidak berperasa, tetapi citarasanya padu dan seimbang. Sebaliknya, hidangan makanan laut Harry yang mempunyai terlalu banyak unsur saling bersaing dan rasa yang luar biasa. Walaupun mempunyai hidangan yang paling hebat, Harry dihantar pulang.1,082,0004[28]
13/03-3Rabu, 29 April 2020Kotak Misteri Barter - Setiap peserta diberi Kotak Misteri dengan isi empat bahan yang berbeza, dan harus memasak hidangan dengan keempat-empat bahan tersebut. Walau bagaimanapun, para peserta dibenarkan untuk bertukar-tukar antara satu sama lain dan menukar bahan jika mereka mahu. 4 orang teratas ialah Jess (coklat, parsnip, pasli, adas), Callum (ayam, lobak merah, halia, soya), Laura (kentang, kacang polong, pudina, epal) dan Sarah T. (kelapa, cili, mangga, lemon). Selebihnya dihantar ke penyingkiran mingguan.1,014,0005[29]
14/03-4Khamis, 30 April 2020Cabaran Kekebalan Lelongan Masa Curtis Stone - Curtis Stone muncul sebagai juri jemputan untuk menetapkan Cabaran Lelongan Masa untuk Jess, Callum, Sarah T. dan Laura. Para peserta mempunyai awal masa selama 120 minit. Tidak seperti cabaran Lelong Masa yang biasa, pemasa jam ditetapkan hingga 60 minit. Semakin masa berkurang, orang pertama yang menaikkan tanda mereka memenangi ramuan untuk jangka masa itu. Walaupun berakhir dengan ramuan yang berorientasikan pencuci mulut, Jess memasak hidangan savuri yang enak, dan telur 65 darjah dengan mi kunyit dan minyak cilinya dinyatakan sebagai hidangan terbaik. Tiga yang lain menyertai penyingkiran sementara Jess memenangi Kekebalan Mingguan.1,015,0004[30]
15/03-5Ahad, 3 May 2020Cabaran Penyingkiiran Tekstur - Selain Jess, yang telah memenangi Kekebalan Mingguan, semua peserta mengambil bahagian dalam cabaran penyingkiran dua pusingan dalam masa 75 minit. Pusingan pertama mencabar para tukang masak untuk menyediakan hidangan yang rangup. Simon, Sarah T., Reynold, Tracy, dan Ben U. cukup meyakinkan para hakim untuk segera dinyatakan selamat ketika hidangan mereka dirasa. Brendan, Callum, Dani, Hayden dan Khanh dihantar ke pusingan kedua untuk memasak hidangan lekit lembik. Dani, yang masih mempunyai kekebalan setelah tiga cabaran penyingkiran, memasak kai loug kheuh dengan jem cili tetapi kuning telurnya didapati kurang masak dan terlalu cair. Memandangkan empat yang lain berjaya dengan hidangan mereka, Dani menjadi peserta kedua dalam sejarah rancangan ini yang tersingkir sambil mempunyai pin kekebalan.999,0004[31]
Minggu 4
(Minggu Subbandar)
16/04-1Isnin, 4 May 2020Cabaran Sajian Thai Berpasukan - Minggu ini, cabaran berlaku di pelbagai subbandar Melbourne dan meneroka persembahan masakan mereka. Untuk cabaran pertama, 19 peserta telah dibahagi kepada dua pasukan untuk memasak dua hidangan pembuka dan tiga hidangan utama untuk 100 orang pengunjung di Restoran Thai Ute. Memandangkan Pasukan Jingga mempunyai satu anggota tambahan, Sarah C. memilih untuk tidak mengikuti cabaran tersebut kerana dia tidak biasa dengan masakan Thai. Kedua-dua pasukan memasak makanan pembuka yang luar biasa, mengagumkan para juri. Namun, hanya Pasukan Jingga Khanh yang dapat menarik hati juri terhadap hidangan utama mereka tidak seperti Pasukan Akua Tessa, yang kepah cili selasihnya tidak cukup pedas, perut babinya keras, dan larb ayam kekurangan pati yang diperlukannya. Oleh sebab itu, Pasukan Akua tewas dalam cabaran itu dan dihantar ke Ujian Tekanan.877,0008[32]
17/04-2Selasa, 5 May 2020Ujian Tekanan: "Pasta Bukan Pasta" Helly Raichura - Pasukan Akua dibawa ke sebuah restoran India Enter Via Laundry oleh Helly Raichura. Peserta mesti mengenal pasti ramuan "Pasta Bukan Pasta", hidangan khandvi yang rumit oleh Helly. Poh paling sedikit mengenal pasti ramuan dan merupakan yang pertama dalam peringkat penyingkiran. Namun, Rose, Ben U., dan Reece semuanya terikat dengan tekaan kedua paling sikit, yang membawa kepada ujian rasa tambahan. Helly mengeluarkan kachori miliknya, dan ketiga-tiga secara bergantian menamakan ramuannya. Rose dan Ben U. kedua-duanya gagal, dan bergabung dengan Poh pada pusingan penyingkiran. Dengan 60 minit untuk mencipta semula "Pasta Bukan Pasta", Poh dan Ben U. mengagumkan para hakim. Walau bagaimanapun, pasta Rose terlalu nipis dan kuahnya tidak seimbang, yang mengakibatkan penyingkirannya.1,023,0005[33]
18/04-3Rabu, 6 May 2020Kotak Misteri Subbandar - Kotak Misteri minggu ini mempamerkan ramuan yang dihasilkan di halaman belakang rumah dan dapur penduduk subbandar, yang mengandungi epal Gravenstein, bawang putih, keju biru, cendawan shiitake, zukini kuning, daun selasih, dan miso beras merah. Para peserta juga masing-masing dibenarkan membeli satu ramuan tambahan dari Coles. Tortellini lobster Amina dengan miso bisknya dinyatakan sebagai hidangan terbaik. Emelia, Hayden, dan Tracy juga mengagumkan para juri, dengan Emelia dan Tracy bergabung dengan Amina sebagai 3 Terbaik. Selebihnya dihantar ke Cabaran Penyingkiran.984,0005[34]
19/04-4Khamis, 7 May 2020Cabaran Kekebalan Susyi Bergerak - Tracy, Emelia, dan Amina dibawa ke restoran susyi Ganbare Kaz di subbandar Windsor, Melbourne. Mereka ditugaskan untuk menyiapkan hidangan ala susyi bergerak untuk para juri, dan juga 15 peserta yang lain. Masing-masing mempunyai 150 minit untuk menghasilkan lima hidangan berinspirasi Asia yang berbeza, dan memasak 20 hidangan daripada setiap satunya. Dengan tidak mengetahui siapa yang menghasilkan masakan apa, menu yang diilhamkan oleh Amina dari Korea menonjol bagi para juri dan mengalahkan Tracy untuk memenangi Kekebalan Mingguan. Emelia dan Tracy bergabung dengan yang lain dalam Cabaran Penyingkiran.957,0005[35]
20/04-5Ahad, 10 May 2020Cabaran Penyingkiran Penghantaran ke Rumah - Semua peserta selain Amina mengambil bahagian dalam dua pusingan penyingkiran yang bertemakan penghantaran ke rumah. Puringan pertama adalah kuiz untuk para peserta mengenal pasti nama dan negara asal untuk pelbagai hidangan makanan yang popular. Ben U., Chris, Tessa dan Tracy adalah yang pertama menjawab dengan tidak betul, dan dihantar ke pusingan kedua untuk memasak hidangan yang dapat tahan untuk penghantaran ke rumah. Melissa kembali ke rumahnya untuk menilai hidangan yang dihantar kepadanya, sementara Jock dan Andy menilai hidangan dari dapur MasterChef. Ketiga-tiga juri terpesona dengan nasi goreng Ben U., dan kari India Selatan ikan kakap Tessa dimasak dengan sempurna. Kari ayam hijau Tracy Thai juga dinyatakan menonjol, lalu menyebabkan Chris tersingkir.941,0004[36]
Minggu 5
(Minggu Muslihat)
21/05-1Isnin, 11 May 2020Cabaran Pasukan Muslihat Berganda - Para juri mengumumkan bahawa, minggu ini, semua cabaran akan bermula dengan normal, tetapi 'muslihat' akan diperkenalkan pada waktu yang tidak dijangka semasa mereka masak. Para peserta kemudian dibahagi kepada dua pasukan untuk menyajikan tiga hidangan kepada 50 orang pengunjung. Pasukan Kelabu Poh mempunyai satu anggota lebih daripada Pasukan Perang Sarah T., jadi Hayden tidak menyertai cabaran. Separuh jalan ketika memasak, para juri mengejutkan para peserta dengan membuat kedua-dua pasukan menukar dapur. Setiap pasukan kemudian harus bekerja dengan unsur-unsur yang sedang disiapkan oleh pasukan lain, dan dapat memilih untuk tetap mengikuti menu asal pasukan lain, memperbaharuinya, atau membatalkannya dan mulai dari awal. Kemudian, para hakim mengumumkan perubahan kedua dengan mendedahkan bahawa beberapa pengunjung adalah vegetarian, memaksa-dua kedua pasukan untuk menambahkan pilihan vegetarian ke dalam menu mereka yang setakat ini banyak daging. Kedua-dua pasukan cemerlang, tetapi sos cendawan Pasukan Grey Kelabu tidak seimbang di dalam hidangan utama lalu menghantar mereka ke Ujian Tekanan.870,0008[37]
22/05-2Selasa, 12 May 2020Ujian Tekanan Muslihat: Pavlova Markisah Darren Purchese - Pasukan Kelabu diberi masa tiga jam untuk memasak pencuci mulut pavlova markisah yang rumit, yang direka bentuk untuk kelihatan seperti pavlova sederhana di luar tetapi sebenarnya terdiri daripada beberapa elemen dalaman yang kompleks. Sebilangan besar peserta bertanding menghadapi cabaran itu, tetapi dua jam ketika masak, para hakim memperkenalkan kelainan dengan mengambil resipi peserta dan memaksa mereka bergantung pada gerak hati. Walaupun mengalami kesukaran, Jess menghasilkan hidangan yang hampir sempurna, dengan Reynold, Laura, dan Tracy juga mendapat pujian. Sebaliknya, Hayden, Poh, dan Amina salah meneka dan berada di 3 Terbawah. Amina, yang ketinggalan sepanjang memasak, mempunyai kekurangan dalam semua unsur hidangannya, dan pulang dengan kesedihan di seluruh dapur itu.999,0005[38]
23/05-3Rabu, 13 May 2020Kotak Misteri Muslihat
24/05-4Khamis, 14 May 2020Cabaran Kekebalan 'Hot N Cold'
25/05-5Ahad, 17 May 2020Cabaran Penyingkiran Muslihat

Rujukan

WikiPedia: MasterChef Australia (siri 12) https://10daily.com.au/entertainment/tv/a191009ptf... https://10daily.com.au/entertainment/tv/a200217bwv... https://10daily.com.au/entertainment/tv/a200322quz... https://10play.com.au/masterchef/about https://10play.com.au/masterchef/articles/apply-fo... https://10play.com.au/masterchef/articles/masterch... https://www.hit.com.au/story/masterchef-s-poh-reve... https://www.news.com.au/entertainment/tv/reality-t... https://tvblackbox.com.au/page/2020/3/13/katy-perr... https://tvtonight.com.au/2019/07/masterchef-austra...